Saturday, May 10, 2008

Apa Itu Patriotisme?

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera, salam sejagat...diharap semua pembaca dapat manfaat daripada blog ini dan menambah ilmu pengetahuan dan memberi pendapat tentang semangat patriotisme di kalangan masyarakat di negara kita iaitu Malaysia tercinta......

Diharap dengan adanya laman blog ini, kita dapat bersama-sama merenung kembali apa yang perlu dan bersama-sama kita menanamkan kembali nilai patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa dalam usaha kita bersama-sama memastikan kedaulatan dan menjaga kemerdekaan negara ini daripada anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan negara kita....

Insya Allah, dengan usaha yang berterusan, saya pasti laman blog ini akan dapat membantu bersama-sama walaupun sedikit dalam usaha meninggikan martabat rakyat Malaysia di mata dunia...Amin.

Wassalam.

Salam Pepaduan,
pengarang.